Seeking Forgiveness




Baru-baru ini aku mula menyedari banyak kesalahan
yang telah aku lakukan samada aku sedar akan kesilapan itu
atau aku tidak sedar akan kesilapan aku.
Seseorang itu mesti terluka dengan apa yang aku lakukan
dan benar sekali sekarang ini aku merasai kesakitan itu.
Betul lah what goes around comes around .
Sesungguhnya tuhan itu maha adil dan lagi maha saksama.
Kesakitan itu amat perit sekali dan aku benar-benar menyesal
dengan apa yang telah aku lakukan pada dia.
Aku benar-benar berharap dia dapat memaafkan aku.
Sesungguhnya aku tidak mampu untuk mengungkap
kata-kata maaf kepada dia kerana aku berasa malu
dan aku merasai aku tidak layak menerima kemaafan darinya.
Dia seakan-akan telah melupakan perkara tersebut
tetapi aku dapat merasai jauh di dalam sudut hatinya
masih terkesan parut luka tersebut.
Maafkan aku.
Aku betul-betul menyesal.
Aku berharap perhubungan antara aku dengan engkau
dapat kembali seperti mana kita baru-baru berkenalan dahulu.





No comments:

Post a Comment