Big Fakers

Apa yang ada dalam kehidupan aku sampai ada pihak yang tak senang tengok aku bahagia. Senyuman aku ketawa aku adalah racun bagi mereka. Tidak puas hati tengok aku boleh hidup dengan senang tanpa mereka. come on, get a life. Aku tak kacau hidup kau dan jangan kacau hidup aku jangan sampai aku cara dengan kehidupan kau. Nanti kau malu. Kau ada kelebihan untuk mempengaruhi orang lain. Habis semua orang kau canang hal buruk aku. Aku diam dan aku tidak melawan sebab aku tahu aku tiada kuasa untuk melawan dan aku serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa kerana Dia yang pegang hati kau dan Dia yang berkuasa keatas kau. Teruskan lah usaha kau memburukkan aku. Senang aku dapat saham free je kat akhirat nanti.

Janggal

Janggal. Itulah perasaanya. Tidak tahu bagaimana hendak menghilangkan perasaan tersebut terhadap sahabat yang aku telah anggap sebagai adik sendiri. Usaha. Jangan cakap aku tidak pernah mencuba. Pernah. Berkali-kali. Tapi perasaan janggal itu tidak mudah hilang. Bertambah lagi dengan sifat aku yang susah untuk mendekati orang lain. Adakah ego. Tidak mungkin. kenapa aku menafikanya. Aku pun tiada jawapanya. Tetapi itulah yang terjadi. Yang pasti bukan ego. Biarlah. Mungkin dia juga selesa dengan keadaan sekarang. Kebaikan untuknya juga. Aku disini hanya mampu berdoa supaya hati dan jasadnya dilindungi Allah S.W.T.

Kepercayaan

Kenapa mudah orang mendapat kepercayaan kita tetapi tidak mudah untuk kita mendapat kepercayaan orang. Amanah yang diberikan adakah sukar untuk mereka pegang sedangkan aku begitu berusaha memastikan setiap apa yang diperkatakan oleh mereka menjadi rahsia yang aku wajib menyimpanya sehingga akhir hayatku. Adakah yang berlaku sekarang ini menjadi satu balasan untuk aku atas kesalahan ku yang lalu atau menjadi ujian untuk aku berubah kepada yang lebih baik. Adakah Allah ingin membuktikan kepada ku bahawa pergantungan kepada manusia adalah sia-sia dimana yang akhirnya jika tersilap langkah hati akan merana.Alhamdullilah amanah yang aku pegang ini tetap tersimpan rapi walaupun aku sering terluka atas perbuatan manusia yang cenderung mengkhianati aku. Biarlah. Balasan Allah yang tentukan. Aku akan memaafkan mereka. Siapalah aku untuk menghukum sedangkan nabi memaafkan segala kesalahan umatnya.

Kemuliaan-Mu

Mengadu  kepada Allah, itulah tindakan yang paling tepat untuk dilakukan. Allah maha mengetahui. Allah maha melihat. Kerana itu setiap doa yang datang daripada orang yang teraniaya tidak terhijab doanya. Di sebalik kesengsaraan, kepedihan dan kelukaan yang ditanggung akibat dianaiyai, Allah akan dengar setiap patah perkataan mahupun doa yang diucapkan. Pedih dan sakit itu tidak dapat dinafikan. Hidup yang dianiayai sudah tentu mendatangkan kesan trauma yang berpanjangan. Sakitnya bawa ke mati. Cuma disaat-saat sukar hanya doa yang menjadi penawar. Kepada siapa lagi kalau tidak kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah s.w.t. 'Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat'



Silent is easy ?


Perkara yang paling susah untuk kita sebagai manusia biasa untuk lakukan adalah mendiamkan diri dan bersabar dikala disalah anggap. Aku cuba untuk tidak mengambil tahu apa yang telah berlaku disekeliling aku dan aku mengaku ia tidaklah begitu mudah. Terpaksa melawan jiwa memberontak untuk mempertahankan diri yang tidak bersalah tapi apakan daya aku hanya mampu marah di dalam hatiku sendiri kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan dan merosakkan hubungan sesama Islam. Aku percaya explaining yourself actually tidak mengurangkan yang sebenarnya engkau disalahertikan. Ia bagaikan menegakkan benang yang basah dan mencurahkan air didaun keladi. Manusia akan sanggup membutakan mata daripada melihat kebenaran dan memekakan telinga untuk mendengar yang benar demi menjaga kepentinganya. Bagi aku yang selalu menerima ujian Allah sebegini rupa hanya mampu redha dan mendiamkan diri kerana aku yakin dunia hanya sementara dan yang pastinya kita jumpa di mahkamah Allah yang adil lagi saksama. Pada masa itu kita akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Mulut yang selama ini petah berkata-kata mencurahkan kata-kata fitnah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terkatup dan diam seribu bahasa.

Kepada siapa aku berharap.


Terfikir kalau kita sangat menjaga perasaan seseorang itu jarang sangat-sangat dapat balasan daripada dia. Mengapakah ? kadang-kadang itu kita terfikir cukuplah menghargai kita sebagai kawan. Kita dengan sedaya upaya cuba merapatkan ukhwah itu tapi apakan daya insan seorang lagi itu tidak pernah nampak akan usaha yang kita cuba lakukan. Kadang-kadang kita terasa pelik mengapakah kita yang sangat-sangat jarang menyakiti hatinya tetapi sangat sukar untuk diterima sedangkan insan lain yang menyakiti hatinya berkali-kali tapi dengan mudah mendapat kemaafan darinya tetapi bukan kepada kita. Aku tahu aku ni seorang hamba Allah yang membosankan. Sesungguhnya aku tidak pandai untuk bergurau senda dan mendekati individu lain seperti yang orang lain dapat lakukan. Tetapi itulah diri aku sendiri. Aku boleh menjadi seperti itu tetapi itu bukan diri aku yang sebenarnya dan aku bahagia dengan diriku yang sebenar. Adakah aku tidak pernah ikhlas kepadanya dengan mengharapkan balasan daripadanya. Tidak mengapalah. Keihklasan biar Allah sahaja yang menilainya. Sesungguhnya aku ingin sebarkan kebaikan kepada semua orang tapi malangnya ia tidak mudah. Saat itu aku  rasa macam ada yang semakin jauh dari aku. Yang semakin dekat mungkin sedikit. Tetapi biarlah bukan semua orang akan suka kepada kita . Tapi buatlah apa yang Allah suka. Sekarang ini aku hanya membiarkan apa yang manusia lain buat kepada aku asalkan aku tidak berbuat jahat kepada mereka. Paling penting berikan yang terbaik kepada diri sendiri dan orang lain. Berdoa satu hari nanti dia akan sedar apa yang telah dia lakukan. Semoga Allah menjaga hati dan jasadnya daripada kemungkaran. 

SINCERE APOLOGY

Walaupun sudah banyak kali aku
mengucapkan kata maaf kepada engkau
wahai sahabat
tetapi aku tak pernah lepas dari perasaan serba salah.
jika mampu setiap hari aku ingin mengucapkan kata maaf.
kerana kau kawan yang baik
kawan aku yang soleh
aku tahu kau telah berusaha sehabis baik
untuk menjadi kawan yang baik untuk aku
tetapi aku tak pernah menghargainya.
aku haloba
tak pernah bersyukur
aku mengonkong kau
sedangkan..
banyak yang telah kau buat untuk menjaga hati aku
aku bersedih sebab kita tidak rapat macam dulu
dan aku faham kenapa hal tersebut berlaku
tapi itu tidak bermakna aku lupakan kau wahai sahabat
nama kau sentiasa terukir dalam doa aku kepada ilahi
semoga Allah selalu menyayangi kau
semoga kau bahagia hendaknya didunia dan akhirat
semoga persahabatan kita sehingga ke syurga.
Insyaallah.